Road To Kinabalu 2017

Road To Kinabalu 2017

18/09/2017 HEP 0

Seramai 23 orang pelajar dan staf telah menyertai ekspedisi pendakian Gunung Pelepah Kiri, Kota Tinggi, Johor pada 15 dan 16 September 2017. Pendakian ini adalah sebagai persediaan peserta untuk pendakian Gunung Kinabalu yang dijangka akan dilakukan pada Januari 2018. Para peserta memulakan pendakian pada jam 2.30 petang pada hari pertama dan sampai di tapak perkhemahan yang disediakan pada jam 4.00 petang. Para peserta dibenarkan untuk memasang khemah dan berehat sebelum meneruskan pendakian pada keesokan harinya. Pendakian diteruskan pada 16 September 2017 jam 8.00 pagi dan tiba di aras ketiga air terjun Kota Tinggi pada jam 11.30 pagi.