Seminar Muafakat FELDA

Seminar Muafakat FELDA

22/11/2017 Uncategorized 0

Seminar Muafakat FELDA Wilayah Johor Bahru telah diadakan dengan jayanya pada hari Isnin, 20 November 2017 di Dewan Besar KYPJ. Seminar yang telah dihadiri seramai hampir 2,000 peserta (peneoka) dari seluruh rancangan FELDA di Johor Bahru telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Pengerusi FELDA dan turut hadir bersama adalah Pengarah Besar dan Timbalan Pengarah Besar FELDA (Pembangunan Komuniti).

Seminar ini memberi peluang kepada peneroka FELDA untuk mengadakan sesi dialog secara dua hala berkaitan sebarang kemusykilan yang dihadapi sepanjang menjadi peneroka.