Lawatan Korporat LEGOLAND MALAYSIA

Lawatan Korporat LEGOLAND MALAYSIA

30/11/2017 HEP 0

Pada 28hb November 2017, KYPJ telah menerima lawatan Korporat daripada wakil LEGOLAND MALAYSIA iaitu Encik Muhamad Helmy Abu Bakar sebagai Eksekutif Sumber Manusia dan Encik Mohd. Sofian Abdul Salam sebagai Pengurus Latihan dan Pembangunan Staf.

Intipati utama lawatan ini adalah untuk membina hubungan jangka panjang diantara LEGOLAND MALAYSIA dan KYPJ. Hubungan jangka panjang tersebut melibatkan peluang latihan dan  perkerjaan kepada pelajar lepasan diploma KYPJ. Peluang pekerjaan ini melibatkan pelbagai bidang seperti Sains Komputer, Sumber Manusia, Kejuruteraan Mekanikal dan Elektronik serta pelbagai lagi. LEGOLAND MALAYSIA membuka peluang kepada  anak Johor untuk turut sama menyumbang dalam kepesatan ekonomi di  Johor Bahru dengan membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Terdapat  banyak manfaat antaranya makanan percuma, hostel dan annual pass kepada pekerja tetap di LEGOLAND MALAYSIA.