Kursus Asas Pertahanan Awam 2017

Kursus Asas Pertahanan Awam 2017

03/12/2017 HEP 0

2 Disember, Mersing – Satu Kursus Asas Pertahanan Awam 2017(APM) telah diadakan pada 30 November 2017 hingga 2 Disember 2017 di Pusat Kecemerlangan Pembangunan Insan (PKPI), Mersing dalam melahirkan graduan profesional dan teknokrat seiring dengan Misi KYPJ. Kursus ini yang terdiri daripada 60 orang pelajar dan 6 orang urusetia  serta dibantu oleh 4 orang tenaga pengajar dari Pejabat APM Kota Tinggi telah dirasmikan oleh Kapten(PA) Hj. Zulkarnain bin Ya’cob yang juga merangkap sebagai Pengurus Hal Ehwal Pelajar (HEP) KYPJ. Antara aktiviti yang dijalankan oleh APM adalah cara bantuan pernafasan, ikatan tali, siren kecemasan, kawad kaki, kawad penyelamat, rempuh berhalangan dan sesi memadam kebakaran.