Sahutan cabaran SHP dalam Pertandingan ‘Asian Culinary Challenge 2017’

Sahutan cabaran SHP dalam Pertandingan ‘Asian Culinary Challenge 2017’

05/12/2017 SHP 0

28 November, Kuantan. Seramai 19 orang pelajar dan 11 orang pensyarah dengan diketuai Pengurus Pasukan iaitu Encik Mohd Salihuddin Al-Hafiz  telah mewakili Kolej Yayasan pelajaran Johor (KYPJ) dalam cabaran ‘Asian Culinary Challenge 2017’ (ACC 2017) bertempat di Dewan Utama Majlis pembandaran Kuantan Pahang pada 28 hingga 30 November 2017 dengan dirasmikan oleh KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut Encik Mohd Salihuddin Al-Hafiz selaku Pengurus pasukan dan Pensyarah KYPJ “Meskipun penyertaan kali ini diwakili oleh pelajar yang tidak berpegalaman dan baru pertama kali menyertai acara besar ini, ternyata ia membuahkan hasil apabila kesemua peserta tersebut berjaya merangkul kejayaan yang besar di sana. Ia adalah sesuatu diluar jangkaan kami dan menjadi batu loncatan pada pelajar lain supaya berani dan terus mencuba untuk menyertai acara sebegini”.

Kejayaan yang dicapai itu ialah 1 emas dalam acara ‘Apprentice Main Course-Meat’, 5 perak dalam acara ‘Apprentice Main Course-Lamb’, ‘Apprentice Main Course-poultry’, ‘Apprentice Main Course-Fish/Seafood’ dan ‘Apprentice Fruit and Vegetable Carving-Individual’,10 gangsa dan 5 diploma. Kejayaan ini turut dirai bersama apabila seorang pelajar OKU, Nurul Shahirah turut memenangi pingat gangsa dalam acara ‘Fruit and Vegetable Carving’.  Menerusi kejayaan yang membanggakan ini sekaligus menempatkan KYPJ ditangga ke 5 dari keseluruhan penyertaan.

Pertandingan berprestij ini telah diadili oleh juri profesional seramai 23 orang dan diketuai oleh Chef Jochen Kern. Penjurian pada kali ini dianggap sukar kerana dibarisi oleh chef-chef yang terkenal dari dalam dan luar negara. Justeru itu, para juri meletakkan satu standard yang sangat tinggi dan menyebabkan tawaran pingat pada pertandingan kali ini berkurangan.

Ribuan tahniah diucapkan kepada Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan atas kejayaan di ACC 2017 dan berjaya mengetengahkan bakat pelajar sekaligus menyahut cabaran yang diberi selaras dengan teras transformasi KYPJ. Semoga SHP terus cemerlang dan diberi galakan dalam melahirkan lebih ramai pelajar yang berani dan berbakat di masa akan datang.