KYPJ Mencapai 5 Bintang Penarafan MYQUEST Sesi 2016/2017

KYPJ Mencapai 5 Bintang Penarafan MYQUEST Sesi 2016/2017

20/12/2017 Akademik 0

MyQUEST adalah singkatan untuk Sistem Penilaian Kualiti Malaysia untuk Kolej Swasta. Sistem ini dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun 2010, dengan tujuan awal untuk menilai kedudukan mutu kolej swasta di Malaysia. Penilaian adalah perlu untuk memastikan sektor pendidikan tinggi swasta di Malaysia dinaikkan ke tahap yang kompetitif melalui peningkatan berterusan dan pembinaan kapasiti.

Pada Majlis Penarafan MyQUEST sesi 2016/2017 yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Y.B Dato’ Seri Idris  bin Jusoh pada 18hb. Disember, 2017 yang telah diadakan di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur, telah mengumumkan Kolej Yayasan Pelajaran Johor telah mencapai 5 bintang (Cemerlang) bagi kategori College Based Score dan  bagi kategori Cluster Based iaitu Social Science, Business And Law, Sevices, Science, Mathematics And Computing dan Engeneering, Manufacturing And Contstruction juga mencapai 5 bintang (Cemerlang).

Tahniah diucapkan!!