SKSK Ungguli KESUMA 2018

SKSK Ungguli KESUMA 2018

28/01/2018 HEP 0

Kota Tinggi, 27 Jan 2018 – Kejohanan Sukan Mahasiswa atau lebih dikenali dengan nama KESUMA 2018 telah berlangsung di arena sukan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) bermula 25 Januari 2018. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Tuan Hj Abdul Rashid Bin A. Rahman pada 27 Januari 2018 sekitar jam 3.00 petang di Dewan Besar KYPJ. KESUMA adalah satu kejohanan sukan yang melibatkan pelajar-pelajar KYPJ dan juga pelajar Kolej Kemahiran Johor (KKJ).

Seramai lebih kurang 600 orang atlet menyertai KESUMA yang terdiri daripada enam pasukan iaitu KKJ, SHP, SKSK, SPSS, UiTM dan UTM dan sebanyak 10 acara yang dipertandingkan iaitu badminton, bola jaring, bola sepak, bola tampar, bowling, catur, futsal, karom, ping pong dan sepak takraw. Pada tahun ini, pasukan SKSK telah berjaya menjadi johan keseluruhan dengan pungutan mata sebanyak 77 mata. Manakala pesaing terdekatnya iaitu KKJ mendapat 75 mata.

Tahniah semua!!!