Penang International Halal Expo & Conference 2018 (PIHEC 2018)

Penang International Halal Expo & Conference 2018 (PIHEC 2018)

29/01/2018 SHP 0

26 Januari 2018, Penang . Seramai 7 orang pensyarah dan 5 orang pelajar yang diketuai Pengurus Pasukan iaitu Encik Md Fitri Aziz Bin Md Jamil telah mewakili Kolej Yayasan pelajaran Johor (KYPJ) dalam Pertandingan Antarabangsa ‘Penang International Halal Expo & Conference 2018(PIHEC 2018)’ bertempat di Setia SPICE (Subterranean Penang International Conference & Exhibition Centre) Penang, 26 hingga 28 Januari 2018 dengan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guang Eng.

Menurut Encik Md Fitri Aziz Bin Md Jamil selaku Pengurus pasukan dan Pensyarah Kulinari KYPJ “ Penyertaan kali ini disertai oleh pensyarah dan pelajar dalam bidang Kulinari bagi memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan bakat, ternyata ia membuahkan hasil apabila kesemua peserta tersebut berjaya merangkul kejayaan di sana”.

Kejayaan yang dicapai itu ialah 1 Gangsa  dalam acara ‘ Asian Main Course I-Fish and Seafood ‘oleh Encik Abdul Wafi Bin Abdul Rahman, 1 Gangsa dalam acara ‘Malay Traditional Ethnic (Ketupat and Rendang Challenge)’ oleh Cik Noor Zetty Fazrina Mohd Dzoha, 1 Gangsa dalam acara ‘Asian Main course II (Meat) –Beef’ oleh Puan Madinazuha Tukemun dan  2 Diploma dari ‘Kerabu Challenge’ oleh Cik Adibah Aishah Md Sahak dan ‘Laksa Malaysia Challenge’ oleh Cik Halimatus Saadiah Ab Hamim. Kejayaan ini turut diraikan bersama kumpulan pelajar yang dilatih oleh Encik Ruzaini Ahmad Rashdaini Basha dalam ‘Team Challenge Modern Malaysian Cuisine’ yang disertai oleh Raja Syahirah Natasha Raja Mujeeb, Nur Amirul Munir Shaiful Huzaini dan Syuhaila Sadi dimana mereka merangkul 1 pingat gangsa dalam acara yang pertama kali di hantar oleh pihak Pengurusan SHP. Bagi Seni ukiran buah, pelajar berjaya merangkul Gangsa dalam acara “Team Fruit Carving, Jungle Theme” oleh Muhammad Azizi Syafiq Mohd Razali. Menerusi kejayaan yang membanggakan ini sekaligus mengumpul 5 Gangsa dan 2 Diploma oleh KYPJ.

Pertandingan peringkat antarabangsa  ini telah diadili oleh barisan juri profesional antarabangsa dari Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Malaysia yang diketuai oleh Chef Johari Edrus. Penjurian pada kali ini dianggap sukar kerana dibarisi oleh chef-chef yang terkenal dari dalam dan luar Negara serta standard pemarkahan yang sangat tinggi. Selain itu juga,terdapat komen positif yang diberikan oleh juri berdasarkan pemarkahan yan telah mereka adili.

Ribuan tahniah diucapkan kepada Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan atas kejayaan di PIHEC 2018 dan berjaya mengekalkan bakat pelajar dan pensyarah dalam bidang Kulinari. Semoga SHP terus cemerlang di masa hadapan serta diberi galakan dalam melahirkan lebih ramai pelajar yang kreatif berani dan berbakat di masa akan datang.