Walking To Gunung Lambak, Kluang

Walking To Gunung Lambak, Kluang

12/03/2018 HEP 0

11 Mac,2018 – Kampus Induk KYPJ, Program Walking To Gunung Lambak anjuran Kelab Ekspox ialah salah satu kelab di bawah naungan Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Konsep program ini adalah para peserta perlu “berjalan” dari Kampus Induk KYPJ hingga Gunung Lambak, Kluang sejauh 60KM dan melibatkan 10 check point. Peserta yang terlibat yang terdiri daripada pelajar KYPJ adalah seramai 60 orang, AJK kelab 10 orang, 10 orang staf pengiring dan dibantu 10 orang Anggota Pertahanan Awam Bahagian Kota Tinggi untuk kerja-kerja kawalan keselamatan dan bantuan perubatan. Para peserta telah dilepaskan sendiri oleh Ketua Eksekutif KYPJ pada jam 11 malam dan selamat sampai di check point ke-10 jam 10.30 pagi. Walaupun program ini dengar dan lihat macam mudah tetapi sebenarnya ianya berkisar tentang kehidupan. Ianya telah diterangkan kepada para peserta semasa Majlis Penutup oleh Tn.Hj.Omar bin Ali Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian HEP.