3rd Edition Semarang Cross Country MTB@Ayer Hitam Johor 2018

3rd Edition Semarang Cross Country MTB@Ayer Hitam Johor 2018

18/03/2018 HEP 0

17 Mac, 2018 – Ayer Hitam, Bahagian Hal Ehwal Pelajar KYPJ telah menghantar 5 orang pelajar KYPJ dari Kelab EXSPOC (Extreme Sport Club) bagi menyahut cabaran menyertai Kejohanan Semarang Cross Country 2018 ini yang disertai lebih dari 2000 orang peserta seluruh negara dan terdapat juga peserta dari Singapura dan Indonesia. Untuk makluman, sebanyak 10 kategori yang dipertandingkan namun pelajar KYPJ hanya menyertai 2 kategori iaitu ‘Fatbike’ dan ‘Terbuka Bawah 19 tahun’. Kejohanan besar seperti ini amat berguna kepada peserta menimba pengalaman dan perlu bijak mengatur strategi kerana melibatkan trek ‘On Road’ jalan raya dan ‘Off Road’ jalan tanah dan batuan selain memerlukan stamina yang tinggi untuk menang. Peserta terbaik KYPJ adalah Muhammad Sufi Aiman bin Shafee yang mendapat rangking 24 bagi kategori ‘FatBike’ (tayar besar). Selepas ini dengan latihan yang mencukupi dan persediaan yang betul diharapkan pasukan ini boleh mendapatkan ranking yang lebih baik lagi.