Program Keselamatan

Program Keselamatan

02/08/2018 HEP 0

1 Ogos, 2018 – Kampus KYPJ, Satu sesi Taklimat Keselamatan oleh Unit Disiplin, KYPJ dengan kerjasama Plus Berhad telah diadakan dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam mematuhi peraturan dan keselamatan jalan raya bagi para pelajar KYPJ. Memberi penerangan bagaimana cara menunggang motosikal dan kereta dengan selamat. Program ini juga menekankan bahaya berlumba haram di atas jalan atau lebuhraya yang mana boleh mengakibatkan kemalangan maut. Unit Disiplin telah memilih seramai 80 orang pelajar bagi menghadiri taklimat ini dengan para penceramahnya adalah terdiri daripada pihak Polis Diraja Malaysia Kota Tinggi (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan Johor Bahru (JPJ) dan pihak Plus Berhad sendiri.