Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan KYPJ

13 Ogos 2018 – Bagi menyemarakkan sambutan bulan Kemerdekaan Negara ke-61,Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) turut mengadakan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kolej bertempat di Dewan Besar KYPJ. Majlis tersebut juga diadakan sebagai salah satu inisiatif untuk memupuk dan menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan warga kolej.Kira- kira 1000 orang yang menghadiri sambutan tersebut termasuk seluruh warga kerja KYPJ, pelajar-pelajar dan tetamu jemputan.Sejumlah 150 orang pelajar KYPJ mempamerkan patriotisme dan bakat mereka dengan menghasilkan seni doodle 150 meter yang bertemakan Sayangi Malaysia.Seni doodle disampaikan kepada ADUN Senggarang, Khairuddin Abdul Rahim. Pelbagai aktiviti turut dijalankan termasuk perarakan Merdeka, persembahan nyanyian dan persembahan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *