Author: admin

Ziarah Jalinan Kasih

Program Ziarah Jalinan Kasih diadakan pada 3 Oktober 2017 bersempena Program Apa Kata Gen-Y. Ziarah Jalinan Kasih disertai seramai 15 orang staf dan pelajar KYPJ dan telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Ali Mazat Bin Salleh, ADUN Bukit Permai. Konvoi dibahagikan kepada dua bahagian iaitu DUN Bukit Permai dan DUN Pasir Raja.


04/10/2017 0

Road To Kinabalu 2017

Seramai 23 orang pelajar dan staf telah menyertai ekspedisi pendakian Gunung Pelepah Kiri, Kota Tinggi, Johor pada 15 dan 16 September 2017. Pendakian ini adalah sebagai persediaan peserta untuk pendakian Gunung Kinabalu yang dijangka akan dilakukan pada Januari 2018. Para peserta memulakan pendakian pada jam 2.30 petang pada hari pertama dan sampai di tapak perkhemahan…
Read more


18/09/2017 0

Festival Konvokesyen 2017

Bersempena Majlis Konvokesyen KPYPJ 2017 yang akan diadakan di Dewan Besar KYPJ, satu Festival Konvokesyen (FESKO) KPYPJ 2017 akan diadakan pada 22 dan 23 September 2017. Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama meriahkan FESKO KPYPJ 2017.


17/09/2017 0

Program Deklamasi Sajak Kemerdekaan

Bersempena sambutan ambang kemerdekaan negara ke-60, Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPYPJ dan HEP Kolej YPJ mengadakan Program Deklamasi Sajak Kemerdekaan Berganti-ganti pada 23 Ogos 2017 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Besar Blok G, KYPJ. 


24/08/2017 0

BE ‘CARA JOHOR’ KYPJ

Anda Belajar di Johor? Nak tahu peluang-peluang yang ada di Johor? Pernah dengar tentang Gagasan Johor Berkemajuan? Jika belum, mari kita beramai-ramai menghadiri Program Be Cara Johor di Kolej Yayasan Pelajaran Johor yang julung kali diadakan. Kami bawakan kepada anda panel-panel yang merupakan tunggak negeri Johor kini. Klik di sini untuk mendaftar :


20/08/2017 0

SHP di Istiadat Perkahwinan Diraja Johor

Pensyarah-pensyarah dan siswa/siswi Sekolah Hospitaliti & Pelancongan KYPJ bertugas di Istiadat Perkahwinan DiRaja Johor pada 14 Ogos 2017 di Istana Besar,Johor Bahru bersempena majlis perkahwinan Diraja Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama pasangan pilihannya, Dennis Muhammad Abdullah. 


16/08/2017 0

Kursus Induksi Staf Baru

Telah berlangsung Kursus Induksi untuk staf baru KPYPJ pada 7 hingga 10 Ogos 2017 di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan (PKPI), Sekakap, Mersing. Kursus selama tiga hari dua malam itu melibatkan seramai 41 orang staf dari pelbagai jabatan dan bidang. Semoga staf KPYPJ sentiasa komited dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. 


11/08/2017 0

Pertandingan Boling Staf dan Alumni KYPJ

Program dimulakan pada pukul 10.00 pagi dengan pendaftaran peserta. Seterusnya diikuti dengan kata-kata Aluan oleh Pengerusi Alumni dan  Ketua Eksekutif KYPJ. Sebelum pertandingan bermula, doa dibacakan oleh TKEHEP dan perasmian dibuat dengan balingan pertama oleh Ketua Eksekutif. Program selesai pada pukul 2.00 petang selepas penyampaian hadiah dan jamuan tengahari. Secara keseluruhannya, Pertandingan Bowling Staf dan…
Read more


22/07/2017 0

Perasmian Perpustakaan Tun Sri Lanang

Perpustakaan Tun Sri Lanang Kolej Yayasan Pelajaran Johor dirasmikan oleh Dato’ Mohamed Khaled Nordin pada 9 Julai 2017 jam 11.00 pagi. Perpustakaan yang berkapasiti 380 pelajar ini mempunyai tiga tingkat dan menempatkan lebih 12,380 buku dan jurnal dalam semua bidang.


09/07/2017 0

Program Alumni – Sepetang Bersama CEO KPYPJ

Program ini diadakan di Orchard Golf & Country Resort pada 15 April 2017, 1.30 – 5.30 p.m. Dihadiri oleh lebih kurang 100 jemputan yang terdiri daripada 40 orang Alumni, 16 orang MPP dan 14 orang pelajar yang mengadakan persembahan, 14 AJK Program & 16 orang VIP/VVIP. Jemputan disambut dengan kompang, seterusnya disajikan dengan persembahan Selamat…
Read more


15/04/2017 0