Kursus Drabot Bot (Multifunction Mode)

Kursus Drabot Bot (Multifunction Mode)

06/07/2018 Akademik SKSK 0

Seramai 27 orang peserta yang merupakan staf KYPJ, terdiri dari pelbagai bidang menyertai kursus ini yang diadakan di Makmal Komputer 11 di KYPJ. Kursus yang berlangsung pada tarikh 4 dan 5 Julai 2018 ini bertujuan untuk mendedahkan staf kolej yang terdiri dari pelbagai bidang kepada ilmu yang melibatkan revolusi 4.0 yang merupakan titik permulaan kepada alaf pendidikan baru yang berteraskan kepada teknologi yang terkini. Semua peserta kelihatan amat teruja selama kursus ini berjalan kerana ianya bukan hanya melibatkan kepada teori sahaja, ianya turut dijalankan dengan kaedah “hands-on” iaitu secara praktikal. Kursus ini dijangka dapat menghasilkan pemikiran dan daya kreatif yang tinggi terutamanya dalam misi kolej untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai pemikiran kreatif dan kritis disamping penerapan nilai-nilai yang murni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *