Lawatan Politeknik Ubaya Ke KYPJ

Lawatan Politeknik Ubaya Ke KYPJ

30/08/2018 Korporat 0

KYPJ, 29 Ogos 2018 – Satu lawatan rasmi telah diadakan oleh Politeknik Ubaya, Indonesia atas jemputan rasmi oleh Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) susulan lawatan timbal balas oleh KYPJ pada 6 hingga 9 Disember 2017 yang lalu. Tujuan lawatan ini adalah bagi merapatkan lagi hubungan korporat yang sedia terjalin antara kedua-dua belah pihak terutama dari segi pembangunan akademik dan perkongsian ilmu di dalam pengurusan dan urus tadbir organisasi. Lawatan ini diketuai oleh Ir. Benny Lianto E.S., MMBAT selaku direktor Politeknik Ubaya bersama tiga orang lagi pensyarah untuk menyampaikan kuliah kepada pelajar-pelajar KYPJ di dalam bidang perakaunan dan pengurusan.