Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar MPP 2018/2019

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar MPP 2018/2019

11/10/2018 Uncategorized 0

Penyampaian watikah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah berjaya dilaksanakan pada tanggal 10 Oktober 2018 dalam satu majlis tertutup. Penyampaian watikah ini telah berjaya disempurnakan oleh Ketua Eksekutif KYPJ iaitu En Shahrim bin Adon. Seramai 16 orang barisan MPP menerima watikah kali ini setelah memenangi pilihanraya kampus yang telah dilaksanakan pada September 2018 yang lalu. Dalam majlis tersebut, En. Shahrim turut menyampaikan amanat beliau kepada barisan MPP kali ini. Hadir bersama pada majlis tersebut adalah Timbalan Hal Ehwal Pelajar iaitu En Omar bin Ali , Ketua -ketua Jabatan dan penasihat-penasihat MPP. Dengan penyampaian watikah tersebut secara rasminya tergalaslah tanggungjawab barisan MPP sebagai pemimpin pelajar di KYPJ dan adalah diharapkan agar kebajikan pelajar terbela dan kecemerlangan siswa sisiwi KYPJ dipertingkatkan lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *