Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bersama TDK Lamda Senai

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bersama TDK Lamda Senai

01/10/2018 Korporat 0

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama TDK Lamda telah diadakan pada 23hb September 2018 (Ahad) bertempat di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ). Program bermula dengan pendaftaran para pelajar dan staf daripada Kolej Yayasan Pelajaran Johor bermula daripada jam 8.30 pagi sehingga jam 8.50 pagi.
Aktiviti pertama pada pagi itu ialah taklimat tentang kesedaran terhadap sisa pembuangan E-Waste yang disampaikan oleh staf daripada TDK Lamda. Selain daripada itu, Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh pihak TDK Lamda memeriahkan lagi program pada pagi itu.
Selepas taklimat dan aktiviti LDK, para peserta berkumpul di hadapan Tempat Letak Kereta Blok D untuk sesi kedua iaitu sesi menanaman pokok. Terdapat tujuh batang pokok buah-buahan yang telah dihadiahkan oleh pihak TDK Lamda kepada KYPJ . Pokok buah-buahan seperti Pokok Durian Musang King, Pokok Durian Duri Hitam,Pokok Jambu Batu, Pokok Manggis, Pokok Bidara, Pokok Rambutan, dan Pokok Kedondong. Program menanam pokok buah-buahan ini dirasmikan oleh Ketua Eksekutif KYPJ, En Shahrim bin Adon bersama-sama Pengurus Kualiti TDK Lamda .
Selesai sahaja perasmian dan sesi menanam pokok, sesi seterusnya pada hari tersebut ialah perasmian e-waste oleh Ketua Eksekutif KYPJ dan Pengurus Kualiti TDK Lamda. Perasmian tersebut dibuat di Sekolah Kejuruteraan dan Sains Kreatif (SKSK) juga di Blok D serta lawatan ke Sekolah Hospitaliti(SHP) di blok G untuk melihat bagaimana sisa-sisa buangan e-waste dilaksanakan di sekolah tesebut.
Selama satu jam lawatan di Blok G, selesai sudah sesi bertukar fikiran tentang e-waste, semua staf TDK Lamda dan Ajk-ajk yang terlibat menjamu selera di Dewan Makan di Blok B. Majlis penutup CSR diakhiri dengan sesi penukaran cenderahati oleh kedua-dua belah pihak. Majlis bersurai kira-kira jam satu petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *