Aktiviti-aktiviti yang disertai pelajar sepanjang pengajian di Kolej Yayasan Pelajaran Johor adalah berdasarkan kepada lima (5) teras utama iaitu :

1) SPIRITUALITY (KEROHANIAN)
2) LEADERSHIP (KEPIMPINAN)
3) VOLUNTEERISM (KESUKARELAWAN)
4) CULTURE (KEBUDAYAAN)
5) SPORTS (KESUKANAN)

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) memainkan peranan yang penting dalam merancang dan melaksanakan aktiviti untuk pembangunan sahsiah pelajar. Ia juga mengatur aktiviti dan program bimbingan pelajar di bawah unit-unit berikut :

1) Asrama & Aktiviti
2) Kaunseling
3) Displin & Tatatertib
4) Alumni & Tabung Amanah

Pembabitan siswa dan siswi dalam aktiviti kokurikulum di kampus dapat memberi manfaat yang sangat bernilai kerana kemahiran insaniah merupakan salah satu tuntutan diperlukan dalam pasaran industri. Di antara kebaikan hasil daripada aktiviti yang disertai ialah ia boleh mengasah bakat kepemimpinan pelajar, meningkatkan keyakinan diri, melatih pengurusan masa serta mengetahui selok-belok berdepan dengan masyarakat.