diSEMBER 2020
Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) telah berjaya mengekalkan penarafan lima (5) Bintang oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi sesi 2018/2019.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggunakan instrumen Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) dan Sistem Penilaian Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST) dalam melaksanakan penarafan institusi pendidikan tinggi (IPT) Malaysia tahun 2018/2019.
Penarafan MyQUEST memberi penekanan kepada lima (5) teras utama iaitu : (i) Kualiti dan kepelbagaian pelajar, (ii) Kelestarian sumber dan kewangan, (iii) Sistem pengurusan kualiti, (iv) Pengiktirafan program, (v) Pengiktirafan graduan dan reputasi institusi.
Kejayaan mendapat penarafan lima (5) bintang MyQUEST menandakan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) merupakan sebuah IPT yang telah mencapai tahap kualiti yang sangat berdaya saing (very competitive).
Tahniah KYPJ!
Posting FB : https://www.facebook.com/kypjofficial/posts/4966386986736918












