PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN/JULAI 2020

TAHNIAH dan SELAMAT DATANG ke KYPJ! Pendaftaran pelajar baharu KYPJ untuk sesi kemasukan Jun/Julai 2020 akan diadakan pada 1 sehingga 9 Julai 2020 di Dewan Besar KYPJ (Blok G) bermula 9.00 pagi hingga 2.30 petang. Hari pendaftaran adalah berbeza-beza mengikut program pengajian (rujuk lampiran di bawah). Proses pendaftaran akan dijalankan mengikut prosedur (SOP) keselamatan yang ditetapkan oleh pihak kolej.