sejarah penubuhan

KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR

Pada tahun 1998, Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) terdiri daripada tiga buah kolej utama iaitu Institut Hospitaliti (IH), Kolej Islam Johor (KIJ) dan Institut Teknologi Perindustrian (ITP). Pada 16 Julai 2012, ketiga-tiga kolej utama ini telah bergabung menjadi Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) dan mempunyai tiga sekolah iaitu Sekolah Hospitaliti & Pelancongan (SHP), Sekolah Pengurusan & Sains Sosial (SPSS) dan Sekolah Kejuruteraan & Sains Kreatif (SKSK).

 

Majlis pecah tanah kampus induk KYPJ seluas 100 ekar yang bernilai RM120 juta telah berlangsung pada 11 Disember 2010 dan pembinaan kampus mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan.

 

1 November 2015 merupakan tarikh penuh bersejarah bagi KPYPJ apabila secara rasminya Kampus Induk KYPJ di kilometer 17, Jalan Kota Tinggi-Kulai diserahkan kepada pengurusan KPYPJ oleh pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Kampus Induk KYPJ di Kota Tinggi, Johor telah dirasmikan pada 18 Oktober  2016. 

Kolej Islam Johor di lokasi pertamanya di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru sebelum berpindah ke Jalan Ahad, Kampung Ungku Mohsin, Johor Bahru. Kolej Islam Johor kini dikenali Sekolah Pengurusan & Sains Sosial (SPSS) menjalankan program-program Diploma Perakaunan, Pengajian Perniagaan, Pra-Perdagangan dan Pengurusan Sumber Manusia.

Sekolah Kejuruteraan Sains Kreatif (SKSK) dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Perindustrian YPJ (ITPYPJ) di Bukit Senyum, Johor Bahru. SKSK kini menjalankan program-program Diploma Pengurusan Teknologi, Perakaunan, Teknologi Maklumat, Mekanikal, Elektronik, Senibina dan Rekabentuk Dalaman.

 

Sekolah perhotelan terkemuka, Institut Hospitaliti YPJ (IHYPJ) di Taman Tampoi Utama, Johor Bahru terkenal dengan kursus-kursus Diploma Pengurusan Perhotelan, Seni Kulinari dan Perkhidmatan Makanan dengan para pelajar dan pensyarahnya mengecapi pelbagai kejayaan membanggakan dalam pertandingan-pertandingan masakan di peringkat tempatan dan antarabangsa. IHYPJ kini dikenali sebagai Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan (SHP).

PEMBINAAN KAMPUS INDUK KYPJ DIRAKAM PADA 21 NOVEMBER 2012